CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 19 July 2011

answer I'm a human too

hey.. aq minta maaf lah klu ap yg aq tlis at blog nie wat kw skit aty.. ok.. skang aq minta maaf at kw.. aq tau kw s'org kwn yg baek.. thanx.. aq tau aq jaat..aq ta lyk jd kwn kw.. tp aq mnusia yg ad aty n prasaan.. aq ta leh thn s'orang dgn msalah yg aq alami.. kw tau ta.. dlm dunie nie aq ta da sesapew.. tada sesapew yg na dgr msalah aq.. klu aq bgtau diorang.. diorang akn ckp aq s'org yg mngada2.. sbb diorang ta prnh fhm msalah aq.. slama aq idop.. sume org asyik persendakan aq.. diorang tawa mngejek dgn kejayaan yg aq dpt.. diorang ketawa bilew aq ckp psl masalah aq.. aq rse aq lah mnusia plg malang dlm dunie ni.. skang kw ckp ngan aq.. capew lg leh tlg aq?? leh dgr prasaan aq?? aq cumew hrapkn ad s'org yg leh fahami aq.. aq ta kesah capew un.. aq ta na d'perbodohkan lg.. aq ta na dipersendakan lg.. minta maaf.. aq na ckp thanx sbb  kw sudi jd kwn aq.. aq akn cubew jd kwn yg memahami kw.. cumew aq s'org yg ta pernah d'fahami org laen..

napew la idop aq ni mcm ni?? kekadang aq rse lebih baek aq MATI.. kekadang air mata nie un ta na kuar lg sbb dye ta na tngok TUAN dye nanges lg.. prnh k ad org nmpk aq nanges?? mmg ad.. tp prnh k org nmpk aq nanges n tau napew aq nanges.. PERNAH KE??? jawanpannya TAKKK!!! TAK PERNAH SEKALI PUN ADA ORANG TAHU TENTANG PERASAAN AKU!! TAK PERNAH ADA SEORANG PUN TAHU KENAPA AKU MENANGIS!! TAKKKK  PERNAHHH!! AKU HIDUP SEORANG DALAM HIDUP NI!! TAK ADA ORANG NAK TAHU TENTANG HATI AKU!! SIAPA AKU DALAM HIDUP KORANG?!!

cukuplah aku dah tak nak menangis lagi!! CUKUP!! aq ta na nenges lg!! i want to stop my life!!! I wish I can do that. i dont want this life anymore.. aq ta kesah klu ad org ckp aq ta b'syukur dgn ap yg aq ad.. aq ta na idop sebagai NUR HIDAYAH lagi..

aq hanya ingin hidup ini difahami..

Saturday 16 July 2011

penantian..

hari ni aq menanti sesuatu yg ta pst b'laku.. aq un ta tau napew aq leh napew aq leh mennati perkara uh brlaku.. alangkah indah jika perkara itu benar2 brlaku dlm kehidupan.. mst kah aq saje yg mest menanti.. napew bkan kw? napew bkan kw yg prlu menanti aq dlm idop kw? mgkin aq bodoh kerana ttp menanti perkara itu mski kw kte prkara itu takkan brlaku.. andai saje aq boleh mnukar ap yg brlaku..huh.. maaf kerana r'lalu menanti.. aq sndiri ta tau napew.. napew aq prlu mnanti..aq rse mcm d'tpu.. tlg b'kte bnr!!! aq ta ske penipuan..

Friday 15 July 2011

i'm a human TOO part 2

aq mmg mluat tngok kw wahai lelaki.. kw ni mmg selenge.. mnyesal aq ske kw dlu.. dan brsyukur sbb tlah ptus ngan kw dlu.. klu la aq msih cple ngan kw smpai skaang.. mst aq da lme mti sbb skit aty ngan kw.. nsib bek tau. aq rse aq lah mnusia plg b'tuah sbb aq bkan gf kaw lg..
skang ni.. aq rse aq la mnusia plg b'tuah sbb aq jumpew llaki yg lg baik dr kaw.. lg TINGGI dr kaw!! rahsia kw ade at aq.. ble2 mse jewp aq leh bgtau gf kw la.. jgn na b'lgak ngan aq.. gilew.. lelaki giler!! klu gf kw tau pew yg kw wat mse kw cple ngan dye.. mmg kw kne smbelih idop2.. tp sbb aq ciankn kw.. aq ta bgtau.. kw ptut ucap time kasih.. bkan mnyakitkn aty aq.. wlaupun prkre uh kcik.. tp kw ptut fkir. sblum wat la gilerr!!
huh!! napew la ta da sorang un mnusia dlm dunia nie leh FAHAM aku.. tlg la FAHAMI saya..aq na difahami.. sbb... I'M A HUMAN TOO!!

PEMAIN NETBALL YG TA BERTAULIAH!!!

HAHAH....hari ni na men netball ngan mimie,,shadah,,ina,,bella,,izza,,eija,,.............. reserve nyerr... wei qi..farah..fitrah.. nnt klu saya injured mreka lah yg mgganti.. minta2 slalu lah injured..hahaha... ta tau lah na ckp ap..juz doakan kejayaan V 1 4EVER. ..

SO SAD...
hari tu.. saya jumpe dye.. pastu dye ckp.. dye ta leh dtg la sabtu nie... huhu..so sad..tp ta pew la.. ta heran  un.. heheh.. da lah.. tataaaaaa~

Wednesday 13 July 2011

i'm a human too!!!

aq ta kesah klu kw na bnci aq k pew k.. tp aq na kw tau.. aq da tada prasaan lgsung at dye.. go 2 da hell lah!! kw igt.. kw uh perfect sgt.. ok fine!! mmg aq time kaseh sgt at kw sbb kw b'krban utk aq dlu.. tp kw tau ta.. btapa skitnyew aty kne tpu.. kw wat mcm aq ta da dlm idop kw!! aq na kw jd bff aq.. tp kw?? aq rse eppy gilerr ble kw ckp ngan aq.. even one word!! i really appreciate it!! but u neva know!! aq ta na b'musuh ngan kw.. kw bff aq.. pd aq la.. kw ta rse k yg kw uh mnyakitkn aty aq!! aq minta maaf sbb aq tlis bndew ni at cni.. sbb aq da ta thn.. mgkin aq slh fhm dgn keadaan kw.. tp aq na kw tau.. kw ta yah risaula.. aq un da ad yg punyer..

P/S: aq minta maaf klu ad wat slap.. aq mnusia biase.. mmg slalu wat silap.. tp.. tlg r jgn wat cam uh.. aq ta kesah klu kw na luah smuanyew kat kwn kte yg laen.. tp tlg r!! wat aq mcm aq WUJUD dlm idop kw..

~tlis aq kw sbb da ta thn sgt~
~kpd yg trasew uh,, jgnla trase.. sye bkan citer psal kwn yg rapat ngan sye dan yg SENANTIASA b'ada d'dpn mte..igt..jgn trase~

Monday 4 July 2011

syok lah!! haha

hey!! siyesly.. ari nie mmg klakar.. haha.. first at sek td.. sye buli "mak" sye. selalu dye buli orang..kli nie dye plak kne buli.. bak kte sebuah novel " AKU MAHU BULI!".. haha.. tp sefunny2 hari ni.. ad gak yg ta besh nyerr... sye ta dpt jumpew ckgu Ariza sbb.. dye ta dtg.. igt na cek folio sej.. eh.. ta rse k mcm 3 RK 2 jew yg blum hbis2 dgn masalah folio.. haha.. mmg un..

td sbenarnya.. mls na g lib.. hai maklumlah.. skang nie da makin culas.. hehe..jgn mara.. tp d'sbbkn folio sej n bf t'syg uh.. g la gak.. BERKORBAN tau! haha.. td mmg rock r.. mse mlintas.. kwn sye.. dye t'cicir pencil case kat tngh2 jln.. t'pksew pth blik.. sian kete2 uh.. kne stop sbb na bg laluan.. yg Yayah.. da tawa2 kat sbrang jln..

smpai2 lib jew.. trus g jmpew dye.. hohoho.. *napew klu citer psl dye mst TAWA BANGGA?*.. dok.. kat stu.. trus wat keje maths.. hehe.. maths 2sye.. sye tru dr Siti NoorShahadah... hehe.. td sbnarnyew na g lib ngan Shadah tp.. Zafirah Hani uh.. ta jd na g lak,, adoiyai!! ap la nsib kn.. n what da most i hate today is.. ad k ptut geng2 bf sye uh g men bling2 wallet pas uh.. t'kne mke sye.. haish..prangai mcm daq drjah 3..*eleh mcm awk ta mcm uh*.. nsib bek ta da papew.. klu luka td.. kurang hantaran sye.. haha.. gurau jewp..n yg plg sgl skali.. dye g suruh sye pgang an jacket dye.. hahaha.. dmi mnjga aty insan tersayang..*iyeww jgn jwang leh ta?!*.. ambil  jela.. haha..

utk pngetahuan.. sye mmg cam nie.. ske b'gurau.. wlaupun kekadang mlebih plak..hmm.. srry la b.. yunk mmg ske gurau cam uh.. ngeee~ juga kpd kwn sye.. sye mmg ske b'gurau.. so..fahamilah sye..

papew un ary ni mmg syok abesh! dr sek smpai la kat lib.. thanx utk sesapew yg t'lbat ary nie.. mmuuaahh!!! I LAP U!!! haha..

White Love..

Burung berkicauan, daun melambai lembut dan angin mencium pipi seorang puteri yang bernama Oh Ha Ni. Dress berwarna putih tampak indah dipakainya. Oh Ha Ni bermain bersama seekor burung merpati putih. Tanpa disedari seorang putera sedang asyik memerhatikannya disebalik pokok. Burung merpati terbang meninggalkan Oh Ha Ni. Oh Ha Ni berlari mengikut burung merpati. Lalu langkahnyaOppss!! Terjatuh. Putera itu berlari menuju kearah Oh Ha Ni. Awak okay? tanya puteri itu sambil membantu Oh Ha Ni bangun. Kaki Oh Ha Ni terasa pedih. Dia tak boleh bangun. Oh Ha Ni menarik tangan putera itu dan menyebabkan putera itu jatuh diatasnya. Muka mereka terlalu hampir. Putera merapatkan bibirnya dengan Oh Ha Ni. Gedebukk!!! Ouch!! Sakitnya!! Dong Wook menggosok punggungnya yang sakit kerana jatuh dari katil. Aku mimpi rupanya Dong Wook bangun dan pergi ke tandas.
Sebuah rumah banglo yang didiami oleh tiga orang jejaka yang bersaudara. Yang pertama, Baek Seung Joo. Seorang yang macho, handsome,romantik, pandai, ego, dan sombong. Yang kedua, Kwon Sang Woo. Seorang yang handsome, romantic, pandai dan kelakar. Dan yang terakhir, Lee Dong Wook. Dia seorang lelaki yang sengal, suka cari pasal, handsome dan pandai. Mereka berumur 19 tahun. masih pelajar di sekolah tinggi.
Hari ini hari pertama persekolahan tahun 2011 bermula. Seung Joo, awak rasa kita bertiga satu kelas tak? tanya Sang Woo. Awak ingat saya nak satu kelas dangan awak? tanya Seung Joo sambil tersenyum sinis dan terus berlalu meninggalkan Jun Ho dan Sang Woo. Keputusan menentukan pelajar-pelajar telah di ketahui. Seung Joo akan menjadi rakan sekelas dua orang sepupunya. Dia tidak mahu belajar di kelas yang sama dengan Sang Woo dan Dong Wook. Seung Joo pergi berjumpa dengan pengetua. Tuan, saya tak nak berada di Kelas 1. Saya nak berada di Kelas 2 Seung Joo berterus terang dengan pengetua. Kenapa awak tak nak? Sedangkan awakkan pelajar genius di sini. Pelajar genius mesti berada di Kelas 1 pengetua mengeluarkan pendapatnya. Maaf, saya memang tak nak berada di Kelas 1 Seung Joo. Disebabkan Seung Joo adalah pelajar terbaik di sekolah itu, pengetua hanya mengikut kehendaknya.
Kelas 2 sangat gembira kerana kehadiran pelajar genius dalam kelas mereka. Seung Joo mengambil tempat duduk di meja terakhir yang berada di sebelah tingkap. Tempat itu agak terpencil. Sesi perkenalan sudah pun berlalu. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan mengetuk pintu kelas. Guru kelas mempersilakan masuk. “Sila perkenalkan diri awak”. Pealajar itu memperkenalkan dirinya. “Nama saya Oh Ha Ni. Saya pelajar baru disini”katanya. “Baiklah, awak boleh duduk disebelah Baek Seung Joo” guru kelas menunjukkan tempat duduk kepada Oh Ha Ni. “Hi” kata Oh Ha Ni apabila duduk disebelah Seung Joo. Seung Joo hanya berdiam diri sambil memandang ke luar. “Baiklah kelas, hari ini awak bebas melakukan apa sahaja” kata guru kelas.  Seung Joo bangun. “Ha Ni, tukar tempat duduk dengan saya” katanya. Ha Ni hanya menurut. Kini Ha Ni duduk disebelah tingkap. Memang dia ingin duduk disitu. Ha Ni terasa bosan kerana dia tiada teman untuk berbual. Oh Ha Ni meminta kebenaran untuk keluar. Oh Ha Ni mengambil keputusan untuk duduk di astaka. Tiba-tiba ada seseorang yang duduk disebelahnya. “Seung Joo, kenapa awak ada dekat sini?” tanya Ha Ni. “Saya nak beri awak ni” Seung Joo menghulurkan telefon bimbit kepunyaan Ha Ni. Ha Ni mengambilnya. “Awak terjatuhkannya masa awak nak keluar tadi” terang Seung Joo. “Terima kasih. Menyusahkan awak aje” Ha Ni. Seung Joo bangun dan berjalan berlalu pergi. Ha Ni menerima mesej.
Ha Ni.. ini nombor saya.. saya beri awak nombor ni sebab saya classmate awak..
“Daripada Seung Joo?” Ha Ni mengejar Seung Joo yang masih berjalan. “Seung Joo, tunggu!”jerit Ha Ni. “Terima kasih” kata Ha Ni sambil senyum. Seung Joo berjalan meninggalkan Ha Ni. Ha Ni hanya memandang. Seung Joo memberhentikan langkahnya. Dia memandang Ha Ni dan berjalan menuju kearahnya. “Jom masuk kelas” Seung Joo menarik tangan Ha Ni. Semua pelajar Kelas 2 memandang Seung Joo yang sedang memimpin tangan Ha Ni memasuki kelas. Mereka berdua duduk ditempat masing-masing. Seung Joo membelek telefon bimbitnya. Ada mesej. Dia mengalihkan pandangan kepada Ha Ni. Ha Ni hanya tersenyum sambil memegang  telefonnya.
Seung Joo, kenapa awak senyap?
Seung Joo membalas mesej itu.
Kenapa awak hantar mesej kat saya?
Ha Ni memandang Seung Joo dan senyum. Dia membalas mesej itu.
Sebab saya nak berbual ngan awak. Tapi awak senyap aje. Sebab itulah saya mesej awak.
Seung Joo menerima mesej itu. Kali ini dia tak membalasnya. Seung Joo memandang Oh Ha Ni “awak nak berbual apa aje dengan saya?”. Ha Ni memandang Seung Joo. Dia hanya menjungkitkan bahunya. “Baiklah kelas, awak semua boleh rehat” kata guru kelas dan terus keluar dari kelas. “Jom” ajak Seung Joo. “Pergi mana?” tanya Ha Ni pula. Seung Joo memandang Ha Ni. “Ikut ajelah” katanya dan terus memimpin tangan Ha Ni. “Tapi, kenapa awak bawa beg sekali?” tanya Ha Ni. Seung Joo mengambil beg Ha Ni dan menghulurkan kepadanya, “bawa beg ni”. Ha Ni hanya menurut. Seung Joo membawa Ha Ni ke sebuah taman bunga. “Hari ni, kita ponteng sekolah?” tanya Oh Ha Ni yang masih dipimpin Seung Joo. Seung Joo hanya tersenyum dan melepaskan pimpinan tangannya. Dia terus berjalan. Ha Ni hanya berdiri tegak sambil berkata “pelik”. Ha Ni mengejar Seung Joo. “Kenapa awak suka tak jawab soalan saya?” tanya Ha Ni yang berjalan beriringan dengan Seung Joo. “Sebab saya tak suka jawab” ringkas saja jawapan Seung Joo. Mereka terus berjalan menuju ke taman bunga.
Setiba sahaja di taman bunga itu, Ha Ni bertanya “awak selalu datang sini?”. “Dulu” jawab Seung Joo. “Dengan siapa?” tanyanya lagi. “Dengan manusia” jawab Seung Joo lagi. Ha Ni hanya menjeling Seung Joo yang sedang duduk dibangku. Ha Ni terlihat sekuntum bunga ros putih yang mekar. Dia pergi melihat bunga itu. “Awak suka bunga tu?” tanya Seung Joo yang berada dibelakangnya. Ha Ni hanya tersenyum. “Tapi kenapa satu aje bunga ni?” tanya Ha Ni. “Saya pun tak tahu” kata Seung Joo. Sudah lama juga mereka berdua berada di taman bunga itu. Perut Ha Ni terasa lapar. “Seung Joo saya lapar”kata Ha Ni. “Nak makan?” tanya Seung Joo. Ha Ni menganggukkan kepalanya.  Seung Joo mengajak  Ha Ni ke sebuah restoran yang berdekatan. “Seung Joo, ada restoran sup ubi kentang”Ha Ni menunjukkan restoran yang menjual sup ubi kentang kepada Seung Joo. “Uh? Awak nak makan sup ubi kentang?”Seung Joo. Ha Ni menganggukkan kepalanya. “Tak naklah. Saya tak pernah makan sup ubi kentang”. Sup ibi kentang? Baek Seung Joo tak pernah makan sup ubi kentang dan tak ada sedikit pun rasa ingin cuba makanan itu. “Awak cuba dulu. Sedap tau” ajak Ha Ni. Ha Ni sudah menuju kearah restoran itu. Tapi,Seung Joo tidak berganjak dari tempat dia berdiri.  Ha Ni pusing kebelakang. Terus berlari kearah Seung Joo dan menarik tangannya.
“Sedap tak?” tanya Ha Ni. “Apa yang sedap?” Seung Joo berjalan beriringan Ha Ni. “Sup ubi kentang tadi. Sedap tak?” tanya Ha Ni lagi sekali. “Boleh tahan. Awak suka makan sup ubi kentang?” tanya Seung Joo. “Yes! I like it!” jawab Ha Ni dengan senyuman yang terukir dibibirnya. “Huh! Makanan budak kampung” kata Seung Joo sambil tersenyum sinis. “Apa? Makanan budak kampung?” katanya sambil memukul tangan Seung Joo. “Hey! Sakitlah! Suka hati aje nak pukul orang” kata Seung Joo sambil menggosok  tangannya. “Padan muka” kata Ha Ni. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Seung Joo. “Orang dah belanja, bukan nak cakap terima kasih” rungut Seung Joo.
Sebaik sahaja Seung Joo memasuki rumahnya, dua orang sepupunya sedang menunggu. Baek Seung Joo hanya membiarkan sahaja. Lee Dong Wook dan Kwon Sang Woo hanya memerhatikan Seung Joo menaiki tangga. Rumah yang mereka duduki ada tiga tingkat. Tingkat satu menempatkan ruang dapur, ruang makan ,ruang tamu dan stor. Tingkat dua pula ada dua bilik dan satu tandas. Bilik Dong Wook dan Sang Woo berada di tingkat dua. Manakala tingkat tiga mempunyai dua bilik, satu tandas dan sebuah perpustakaan kecil. Bilik Seung Joo berada ditingkat tiga. Perpustakaan kecil itu hanya digunakan oleh Seung Joo sahaja. Pada asalnya,  ditingkat tiga mempunyai tiga bilik. Disebabkan buku Seung Joo terlampau banyak, dia menjadikan salah satu dari tiga bilik itu sebagai perpustakaan kecilnya.
Selepas mandi, Seung Joo pergi ke dapur. “Seung Joo, awak pergi mana? Heboh satu sekolah yang awak ponteng sekolah dengan pelajar baru” Sang Woo memarahinya. Seung Joo hanya membiarkan saja. “Awak dengar tak?” tanya Sang Woo  lagi.  Seung Joo memandang Sang Woo dan berkata “suka hati sayalah nak dengar atau tak”. Dia terus berlalu ke biliknya. Sedang Seung Joo menaiki tangga, Dong Wook berkata “Seung Joo! Jangan awak ingat awak pelajar terbaik, awak boleh buat apa sahaja”. “Kenapa awak semua menyibuk sangat ni? Oh Ha Ni itu kekasih hati awak ke?”Baek Seung Joo membalas.  Sang Woo dan Dong Wook memandang Seung Joo dengan pandangan yang tajam. Seung Joo hanya tersenyum sinis. Dia terus berlalu ke biliknya. “Dong wook, Ha Ni tu cantik orangnya. Dia pasti jadi milik saya” kata Sang Woo yang sedang duduk di sofa. Dong Wook memandang Sang Woo semula. Dong Wook  hanya ketawa kecil. “Kenapa ketawa?” soalan Sang Woo dibiarkan sahaja oleh Dong Wook.
“Bosannya!!” Oh Ha Ni menjerit kecil dlam biliknya. Esok dia mesti keluar lebih awal untuk ke sekolah. Jadi, dia harus tidur awal. “Lebih baik aku tidur” katanya. Dia menutup suis lampu biliknya. Dia terus merebahkan badannya diatas katil. Senang sahaja matanya terlelap. Pintu bilik dibuka perlahan oleh ibu Oh Ha Ni. Dia hanya tersenyum. “Sabarlah sayang, mulai minggu depan, awak tak akan keluar awal pagi dari rumah untuk ke sekolah” dia berkata perlahan.
Hari ini hari kedua persekolahan. Oh Ha Ni tak terlambat hari ini. Dia datang tepat pada masanya. Setiba sahaja memasuki sekolah dia ternampak  Baek Seung Joo yang sedang bersandar dibawah pokok yang besar.  Ha Ni terus menuju kearah Seung Joo. “Seung Joo, selamat pagi” kata Ha Ni. “Hmm” hanya itu yang keluar dari mulut Seung Joo. “Saya nak cakap terima kasih pasal semalam sebab awak bawa saya pergi taman bunga dan belanja saya makan” katanya lagi. “Hmm” lagi sekali Seung Joo berbuat demikian. Dia terus berlalu tanpa mempedulikan Ha Ni. “Sombong” rungut Ha Ni. “Oh Ha Ni!” kedengaran ada seseorang yang memanggilnya. Seorang lelaki sedang menuju kearahnya. “Hai! Saya Kwon Sang Woo. Selamat berkenalan” kata Sang Woo kepada Ha Ni. Ha Ni hanya memandang Sang Woo dan berkata “ada faedah kalau saya tanya nama awak?”. Dia terus bermeninggalkan Sang Woo.  Kebetulan Dong Wook nampak kejadian itu. “Sang Woo!! Dia tak layan?!” Dong  Wook menjerit kearahnya sambil bertanya soalan itu. Dong Wook mentertawakan Sang Woo. Seung Joo yang juga melihat kejadian itu turut ketawa.
Hari ini sesi pembelajaran telah dimulakan.  Sewaktu sesi pembelajaran berjalan,hampir  semua soalan yang dikemukakan dijawab oleh Oh Ha Ni. Baek Seung Joo hanya berdiam diri dalam kelas. Ha Ni berjalan sendirian selepas makan di kantin pada waktu rehat. “Ada 15 minit lagi  waktu rehat” kata Ha Ni sambil memandang jamnya. Dia berjalan perlahan menuju kekelasnya. Sewaktu berjalan “awak memang jalan lambat?” kedengaran suara Seung Joo disebelahnya. Ha Ni memandangnya. Seung Joo berlalu meninggalkan Ha Ni. Ha Ni hanya memerhatikan langkah Seung Joo. Sungguh menyakiykan hati!.  
“Ha Ni! Bye” kata seorang pelajar perempuan kepadannya. “Oh, bye!” Ha Ni melambaikan tangannya. Ha Ni berjalan keluar dari kawasan sekolah. Tiba-tiba ada seorang lelaki berlari lalu melanggar Ha Ni. Ha Ni jatuh “Hey! Awak tak nampak  ke?” Ha Ni memarahi lelaki itu. Lelaki itu terus meninggalkan Ha Ni yang jatuh. Muncul seorang lagi lelaki “Hey! Pulangkan semula barang saya!” jeritnya dan dia berdiri dengan keadaan yang termengah-mengah.  Lelaki itu perasan akan Ha Ni yang jatuh. Dia membantu Ha Ni  “awak okay?”. “Saya tak apa-apa, Cuma lutut saya dan siku aje luka” kata Ha Ni sambil dibantu bangun oleh lelaki itu.
“Jadi lelaki tadi tu curi beg awak?” tanya Ha Ni. “Ya” kata lelaki itu. Lelaki itu menemani Ha Ni pulang selepas menghantar Ha Ni ke klinik kerana lutut dan siku Ha ni luka akibat jatuh. “Ah, nama awak siapa?” tanya Ha Ni. “Baek Eun Joo. Saya terlupa untuk beritahu nama saya. Maaf” katanya. “Tak apa. Saya Oh Ha Ni” kata Ha Ni pula. “Awak pelajar sekolah tinggi tahun berapa?” tanya Jun Ho kepada Ha Ni. “Tahun tiga. Awak masih belajar?” kata Ha Ni pula. Jun Ho manganggukkan kepalanya, “pelajar kolej” katanya. Sepanjang perjalanan itu, mereka hanya tersenyum apabila berpandangan. “Dah sampai. Ini rumah saya” kata Ha Ni. “Kalau macam tu saya balik dulu. Maaf pasal tadi” katanya lalu pergi. “Jun Ho! Terima kasih” jerit Ha NI sambil menunjuk ubat yang dipegangnya. Jun Ho hanya senyum sambil melambaikan tangannya. Ha Ni membalas lambaian itu.
“Saya dah balik” kata Ha Ni apabila melangkah masuk kedalam rumahnya. Ibu dan ayahnya sudah menunggu di ruang tamu. Mereka terkejut melihat keadaan Ha Ni. Ha Ni duduk diatas sofa berhadapan dengan mereka. “Ha Ni awak kenapa?” tanya ibunya. “Saya tak apa-apa. Cuma jatuh aje tadi. Jangan risau. Saya dah beli ubat” kata Ha Ni. “Syukurla kalau macam tu. Ha Ni, kami ada perkara nak beritahu awak” kata ayahnya pula. “Perkara nak beritahu? Apa?” tanya Ha Ni. “Mulai esok awak tak akan tinggal dengan kami” kata ayahnya. “Ha? Ayah! Ayah halau saya ke?” tanya Ha Ni dengan raut wajah yang terkejut. “Taklah. Awak dah salah faham. Kawan ibu akan tumpangkan kamu di rumahnya” kata ibunya. “Kenapa?” tanya Ha Ni lagi. “Sebab ibu kesiankan awak. Awak kena bangun awal setiap hari untuk kesekolah. Kalau awak tinggal dirumahnya, awak taklah keluar rumah awal-awal pagi lagi” kata ibunya lagi. “Tak naklah. Saya tak nak tinggal di rumah tu” kata Ha Ni. “Ha Ni! Awak kena tinggal juga disana. Pergi mandi. Lepas tu kemas barang-barang awak” kata ibunya. “Ibu,…” Ha Ni merengek. “Dengar cakap ibu. Ini untuk kebaikan awak juga” kata ibunya.
Selepas mandi, Ha Ni terus mengemas barang-barangnya. Ibu dan ayah Ha Ni menghantar Ha Ni ke rumah itu. “Ibu, besarnya rumah ni” kata Ha Ni apabila sampai di hadapan sebuah rumah banglo. Ibunya menekan loceng rumah itu. “Kenapa tercegat lagi.pergi keluarkan barang-barang awak” kata ibunya. Ayah Ha Ni membantunya mengeluarkan barang-barang. Keluar seorang lelaki membuka pintu untuk mereka. “Ha Ni, cepat sikit. Seung Joo, awak tolong Ha Ni angkat barang boleh?” tanya ibunya. “Boleh, apa salahnya” kata Seung Joo.  Ibu dan ayah Ha Ni memasuki rumah. Seung Joo mengangkat beg Ha Ni. Ha Ni terkejut memandang Seung Joo. “Kenapa awak ada disini?” tanya Ha Ni. Seung Joo hanya memandang Ha Ni. Ha Ni mencubit pipinya berulang kali, “saya mimpi! Saya mimpi! Mimpi!” katanya. Lantas Seung Joo mencubit Ha Ni. “Hey! Sakitlah!” Ha Ni menjerit kecil. “Awak tak mimpi. Jom masuk” ajak Seung Joo.  Ha Ni mengekori Seung Joo sambil membawa begnya.
“Seung Joo, mak cik patut ucap terima kasih kepada awak” kata ibu Ha Ni. “Tak apalah mak cik. Lagi pun ada satu bilik kosong. Ha Ni boleh duduk dalam bilik tu” kata Seung Joo. Ibu Ha Ni hanya senyum. “Oh ya! Mana dua orang sepupu awak tu?” tanya ibu Ha Ni. “Mereka ada dirumah kawan. Bermalam disana sebab ada tugasan” kata Seung Joo. “Oh. Kalau macam tu, mak cik dan pak cikbalik dulu” kata ayah Ha Ni. “Baiklah” kata Seung Joo. “Ha Ni jaga diri baik-baik” kata ayahnya. “Mesti. Bye ayah, ibu” kata Ha Ni. Ayah dan ibu Ha Ni berlalu pergi. Seung Joo  dan Ha Ni memasuki rumah sebaik sahaja ibu dan ayah Ha Ni pergi. “Bilik saya yang mana?” tanya Ha Ni. “Ikut saya” kata Seung Joo. Ha Ni mengikutnya. Seung Joo menunjukkan bilk Ha Ni. “Wah, besarnya!” kata Ha Ni sambil meletakkan begnya di penjuru bilik. Seung Joo juga meletakkan beg Ha Ni dipenjuru bilk. “Seung Joo, terima kasih” Ha Ni pusing kebelakang dan, Seung Joo. Dia tiada disitu. selepas berkemas, Ha Ni keluar dari biliknya untuk ke tandas. Dia ternampak Seung Joo yang baru keluar dari perpustakaan kecil. “Uh! Seung Joo, bilik awak mana?” tanya Ha Ni. Seung Joo menunjukkan biliknya. Ia bersebelahan dengan bilik Ha Ni. “Oh” katanya. “Awak dah makan?” tanya Seung Joo. “Belum” kata Ha Ni. “Mesti awak lapar” Seung Joo meneka. “Memang pun” kata Ha Ni sambil memandang perutnya. “Nanti turun bawah, saya dah masakkan untuk awak” kata Seung Joo lalu beredar ke   tingkat satu.
 “Wah,sedapnya! Awak masak semua ni?” kata Ha Ni dan terus mengambil tempat duduk di hadapan Seung Joo. “Awak buat apa lama sangat dalam tandas tadi? Penat saya tunggu” kata Seung Joo yang sedang berteleku di meja makan.  “Siapa suruh awak tunggu” kata Ha Ni. “Huh! Dahlah makan. Lepas makan awak basuh pinggan-pinggan ni” Seung Joo terus makan makanan yang ada. Begitu juga Ha Ni. Selesai makan Seung Joo terus pergi ke perppustakaan kecilnya.  Ha Ni mengemas di dapur.
Sedang Seung Joo leka belajar, dia terdengar Ha Ni menjerit. Dia turun ke dapur. Kelihatan jari Ha Ni berdarah. Ha Ni menahan kesakitan. Melihat kejadian itu, Seung Joo terus membantu Ha Ni. Dia membantu Ha Ni merawat luka itu. “Terima kasih” kata Ha Ni setelah Seung Joo membalut lukanya itu. “Lain kali hati-hati guna pisau” Seung Joo menyimpan kembali peti kecemasan. Seung Joo mengambil buah yang dipotong oleh Ha Ni. “Nah” Seung Joo menghulurkan buah itu kepada Ha Ni. Ha Ni hanya memandang Seung Joo yang berlalu ke tingkat tiga. Selesai makan buah itu, dia ke biliknya. Seung Joo baru keluar dari tandas. Dia sudah menukar pakaian tidurnya. “Dah habis makan buah tu?” tanya Seung Joo yang sedang mengelap rambutnya dengan sehelai tuala putih. Ha Ni hanya menganggukkan kepalanya. Ketika Seung Joo membuka pintu biliknya, Ha Ni bertanya “Seung Joo. Dlam rumah ni awak tinggal seorang ke selain dari saya?”. “Taklah, saya tinggal dengan sepupu. Mereka ada dirumah kawan. Tidur disana. Minggu depan baru balik” kata Seung Joo. “Oh” kata Ha Ni. “Kalau mereka tak tinggal disini, jangan harap saya setuju dengan cadangan ibu saya untuk beri awak tinggal disini” kata Seung Joo dan terus masuk kedalam bilik. Ha Ni yang masih berada di ahadapan biliknya berkata “macamalh saya nak duduk sangat dalam rumah ni wahai Baek Seung Joo” dengan suara yang sedikit kuat. Dia terus masuk kedalam biliknya. Seung Joo keluar dari biliknya dan melihat pintu bilik Ha Ni sedang ditutup. Dia tersenyum dan hanya menggelengkan kepalanya lalu berkata “ semoga awak tidur dengan nyenyak dalam bilik baru”. Ha Ni yang mendengar dari dalam biliknya hanya mencebik.  Dia membuka tingkap biliknya. Melihat cahaya bulan setiap malam sebelum tidur memang kegemarannya. Seung Joo juga membuka tingkap biliknya. “Bulan, cantiknya awak malam ni” kata Ha Ni. Seung Joo dapat mendengarnya. “Bulan pun cantik?” kata Seung Joo. Ha Ni memanjangkan lehernya melihat ke sebelah. “Apa?” kata Seung Joo. Dia terus menutup tingkap biliknya. “Menyibuk aje” kata Ha Ni lalu menutup tingkap biliknya dan tidur.
Ha Ni keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Dia sudah berpakaian unifom sekolah. Sarapan sudah disediakan oleh Seung Joo. Selesai bersarapan bersama, Ha Ni mengemas dapur dan meja makan. Selepas itu mereka akan pergi kesekolah bersama. Seung Joo sedang menunggu Ha Ni diluar rumah. “Ha Ni cepat sikit” kata Seung Joo. Ha Ni terus bergegas keluar. Ha Ni berdiri di hadapan Seung Joo. Seung Joo memandang lutut dan siku Ha Ni. “Kenapa dengan lutut dan siku awak?” tanya Seung Joo. “Saya jatuh semalam masa balik dari sekolah” kata Ha Ni sambil memandang lututnya. Seung Joo terus mengunci rumahnya. Mereka pergi kesekolah.
Apabila sampai disekolah semua pelajar memandang mereka yang beriringan memasuki kawasan sekolah.  “Kenapa mereka  pandang kita?” tanya Ha Ni sambil memerhatikan Pelajar-pelajar yang sedang memandang mereka. “Sebab awak jalan dengan pelajar genius” kata Seung Joo bersahaja. “Huh! Awak ingat saya nak sangat jalan sebelah awak?” tanya Ha Ni. Seung Joo memandnag Ha Ni  dan terus berlalu. Ha Ni yang berjalan dibelakang Seung Joo hanya mencebik. “Ha Ni!” jerit seorang pelajar. “Oh,Sang Wu” kata Ha Ni sambil tersenyum kepada Sang Wu. “Awak ingat nama saya” katanya sambil tersenyum. “Hmm. Sang Wu, saya nak minta maaf sebab saya terkasar dengan awak hari tu” kata Ha Ni. “Tak apa. Saya tak ambil hati pun” kata Sang Wu semula. “Uh, awak nak pergi kelas?” tanya Sang Wu. Ha Ni menganggukkan kepalanya. “Jom, saya pun nak ke kelas” ajak Sang Wu. Tiba di hadapan kelas Ha Ni, “Terima kasih, sebab teman saya” kata Ha Ni. Sang Wu terus berlalu dan hanya tersenyum. Ha Ni terus pusing kebelakang. Seung Joo berada di belakangnya dan dia terlanggar Seung Joo. Seung Joo terpeluk Ha Ni. Dengan serta merta Seung Joo melepaskan pelukan itu apabila terlihat guru berada di belakan Ha Ni. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Muka Ha Ni merah kerana malu manakala Seung Joo hanya bersahaja bagai tiada apa-apa yang berlaku. Hari itu sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. tapi kali ini Ha Ni hanya berdiam diri dalam kelas. Ada sekali Ha Ni dipanggil kehadapan untuk menyelesaikan solan matematik yang diberikan tapi digantikan oleh Seung Joo dengan relanya sendiri. Ha Ni  terkejut melihat Seung Joo yang menyelesaikan soalan yang sukar itu hanya dalam masa kurang dari satu minit. Memang genius dia ni. Terdetik dalam hati Ha Ni.
Ha Ni masak untuk makan malam pada hari ini. Selesai masak dia memanggil Seung Joo untuk makan. Apabila pulang dari sekolah Ha Ni sudah memberitahu Seung Joo bahawa dia akan masak.  Ha Ni pergi ke perpustakaan kecil yang berada di tingkat tiga. Pintu diketuk. Seung Joo membuka pintu, “apa?” tanya Seung Joo. “Saya dah masak makan malam” kata Ha Ni. “Jadi, awak nak apa?” kata Seung Joo. “Saya nak ajak awak makan” kata Ha Ni lagi. “Hmm. Kejap lagi saya turun” kata Seung Joo. Ha Ni berlalu. Lima minit selepas itu Seung Jo muncul di ruang makan. Dia mengambil tempat duduknya.  Seung Joo terus makan makanan yang dihadapannya. Begitu juga dengan Ha Ni. Selesai makan seperti biasa Ha Ni akan mengemas dapur dan meja makan. Seung Joo akan ke perpustakaan kecilnya. Selesai mengemas Ha Ni ke biliknya untuk mengulang kaji pelajarannya.  “Huh! Kenapa tak dapat jawab soalan ni! Dah banyak kali cuba” kata Ha Ni sambil memegang kepalanya.  “Oh ya! Aku tak fokus masa dalam kelas tadi. Patutlah tak boleh jawab” kata Ha Ni lalu terus meletakkan kepalanya diatas meja belajarnya. “Siapa yang aku nak minta tolong?” tanya Ha Ni kepada dirinya. Tiba-tiba dia teringat, “Seung Joo!”. Ha Ni keluar dari biliknya. Dia menuju ke perpustakaan kecil. Pintunya diketuk lalu dibuka. Dia masuk kedlam perpustakaan kecil. “Seung Joo, boleh tolong ajarkan saya macam mana nak jawab soalan ni?” tanya Ha Ni sambil menunujuk bukunya. Seung Joo pusing menghadap Ha Ni,lalu mengangguk. Ha Ni pergi kepada Seung Joo. Seung Joo mengajar Ha Ni bagaimana untuk menjawab soalan itu. “Oh, macam tu” Ha Ni terus berjalan keluar dari situ. Lalu pintunya ditutup. Dia masuk kedalam biliknya. Dia memerhati semula jalan kerja yang dibuat oleh Seung Joo untuk menyelesaikan soalan itu. Pintu biliknya diketuk. “Masuk” kata Ha Ni. Kelihatan Seung Joo dalam biliknya. “Uh? Awak nak apa?” tanya Ha Ni yang sedang memnadang Seung Joo. Seung Joo pergi ke meja belajar Ha Ni. Dia meletakkan pensel berwarna merah jambu diatas meja. Dia terus berlalu keluar. Ha Ni mengikutnya dari belakang. Seung Joo masuk semula kedalam perpustakaan kecilnya. Ketika dia hendak menutup pintu, “Seung Joo, terima kasih” kata Ha Ni dari pintu biliknya dan dia tersenyum. Seung Joo terus menutup pintu. “Huh!” kata Ha Ni dan terus mentup pintu biliknya.
Keesokan harinya, mereka pergi kesekolah bersama lagi. Hari ini adalah hari terakhir persekolahan untuk minggu ini.  Semakin hari, semakin rapat hubungan Sang Wu dengan Ha Ni. Mereka bersama ketika waktu rehat. Sebelum ini, Ha Ni akan bersama Seung Joo ketika rehat. Selepas rehat Sang Wu bertemu Seung Joo. “Seung Joo, kami dah tak duduk dengan awak lagi. Saya dan dong Wook akan duduk dirumah kami sendiri” Sang Woo memberitahu  Seung Joo bahawa dia dan Dong Wook akan tinggal dirumah mereka sendiri bersama keluarga meraka.  “Okay” itu sahaja yang keluar dari mulut Seung Joo. Dia terus menaiki tangga untuk kekelasnya. Selang beberapa anak tangga, dia berhenti lalu berkata, “barang-barang awak nanti saya hantar ke rumah awak. Tak perlu datang ke rumah untuk ambil semula barang-barang awak. Ingat!” kata Seung Joo dan terus berlalu. Yang sebenarnya, Seung Joo tidak mahu tentang rahsia Ha Ni duduk bersamanya diketahui oleh sepupunya. Dia juga pernah mengingatkan Ha Ni untuk tidak memberitahu sesiapa pun. Keluarganya juga diperingatkan begitu. Tidak lupa juga keluarga Ha Ni.
Pada hari ini, Seung Joo menyewa sebuah lori untuk membawa  barang-barang Sang Wu dan Dong Wook. Dia menyuruh Ha Ni mengemas barang-barang sepupunya itu. Dia hanya memerhatikan Ha Ni agar Ha Ni tidak melihat nama-nama dibuku-buku mlik sepupunya.  Ha Ni juga tidak tahu siapakah sepupu Seung Joo.  Selepas menghantar barang-barang Sang Wu dan Dong Wook, dia singgah disebuah restauran dan membeli makanan untuk makan malam. Dia sudah memberitahu Ha Ni supaya jangan masak untuk makan malam. Loceng rumah berbunyi. Ha Ni bergegas  untuk membuka pintu rumah. Seung Joo terus masuk kedalam runahnya. Ha Ni menutup pintu. Seung Joo menuju kedapur. Dia menghidang makanan yang telah dibelinya. Ha Ni menyediakan air minuman. “Wah sedapnya” kata Ha Ni setelah merasa makanan yang dibeli Seung Joo. Dia makan dengan sungguh berselera malam itu. Seung Joo makan sambil memerhatikan Ha Ni yang kelihatan comel ketika makan. Kadangkala dia tersenyum.  Kali ini, Seung Joo pula yang mengemas apabila selesai makan. Ha Ni hanya memerhati Seung Joo.  Selepas mengemas, Seung  Joo menonton televisyen manakala Ha Ni melayari internet . Ha Ni meletakkan laptopnya diatas meja dan dia duduk diatas lantai. Manakala Seung Joo duduk di atas sofa yang berada dibelakang Ha Ni. Sudah agak lama merka berada diruang tamu bersama. Seung Joo pergi ketandas sebentar. Apabila dia turun ke ruang tamu, dia terlihat Ha Ni sudah tertidur dihadapan laptopnya. Dia mengejut Ha Ni “Ha Ni. Ha Ni” katanya sambil menepuk perlahan pipi Ha Ni. Ha Ni hanya mengeliat kecil. Dia membuka matanya. “Kalau awak nak tidur, pergilah tidur kat bilik awak” kata Seung Joo. Ha Ni bangun lalu berjalan menuju ketangga. Dia hanya membiarkan sahaja laptopnya tanpa ditutup. Seung Joo hanya memerhatikan langkah Ha Ni. Sedang Ha Ni berjalan, dia terkulai disitu. dengan pantas Seung Joo menyambut tubuh Ha Ni. Dia mendukung Ha Ni. Lalu dibawa ke bilik Ha Ni. Dia merebahkan tubuh Ha Ni dan diselimut tubu gadis kecil molek itu. Dia mengusap lembut rambut Ha Ni sambil berkata “selamat malam Oh  Ha Ni”. Dia terus keluar dari bilik Ha Ni. Dia menuju ke ruang tamu. Matanya masih belum mengantuk. Dia terlihat laptop Ha Ni yang amsih terbuka. Hatinya mendesak agar dia melihat laptop itu.  Dia duduk di tempat Ha Ni duduk sebentar tadi. Dia tertarik dengan apa yang ditulis Ha Ni.
Hari ini, dia beli makan malam diluar. Sedap! Sepupu dia dah tak duduk disini. Mereka dah pindah. Aku tolong dia kemas barang-barang sepupu dia. Dia? Tolong juga. Tolong tengok! Menyampah!
Seung  Joo tersenyum. Dia terus membaca.
Sekarang kami tinggal berdua je dalam runah ni. J dia ada tengah menonton tv kat belakang aku tapi sekarang, dia pergi tandas. aku ada persoalan. Kenapa bila aku dengan dia, aku rasa lain macam. Perasaan aku macam sangat happy walaupun dia kadang-kadang buat aku sakit hati. Kenapa agaknya?
Berakhir disitu kisah Ha Ni untuk hari ni. Seung Joo tak perasan, bila Ha Ni menulis itu. Mungkin waktu dia ke tandas. Tapi kerana mengantuk dia tertidur dihadapan laptopnya, dan terlupa untuk menutup dan menyimpan data itu. Seung Joo hanya membiarkan laptop itu terbuka kerana dia tidak  ingin Ha Ni tahu bahawa dia telah membaca apa yang Ha Ni tulis. Tiba-tiba matanya terasa berat. Dia pergi menukar pakaian tidur dan terus masuk kedalam biliknya dan tidur.
Ha Ni terjaga dari tidurnya. Cahaya matahari sudah masuk kedalam biliknya. Dia melihat jam loceng di sebelah katilnya. Sudah pukul lapan pagi. Tiba-tiba dia hairan “macam mana aku boleh ada dalam bilik? Bukan semalam aku tertidur diruang tamu?”. Ha Ni berfikir sambil jalan menuju ke tandas. pintu tak dikunci. Dia terus membuka pintu dan kelihatan Seung Joo hanya memakai tuala. Mereka tergamam. Ha Ni menjerit manakala Seung Joo bersembunyi di sebalik dinding. “Hey!! Keluar!” kata Seung Joo. Ha Ni terus keluar dari tandas.  Ha Ni mengurut  dadanya. Dia terkejut dengan kejadian itu. Lima minit kemudian Seung Joo keluar dari tandas. “Maaf” kata Ha Ni. Seung Joo hanya berdiri dihadapan pintu. Timbul rasa malu dihatinya. Baru dia teringat dia tidak mengunci pintu sebentar tadi. Disebabkan egonya, dia menjeling Ha Ni dan terus berlalu. “Dia yang tak kunci pintu, nak marah kita pula” rungut Ha Ni dan terus masuk kedalam tandas.  
Seung Joo berada didapur. Ha Ni menuruni tangga. Bunyi anak tangga dipijak dapat didengar oleh Seung Joo. Seung Joo keluar dari kawasan dapur dan melihat apa yang terjadi. “Ha Ni, awak nak runtuhkan tangga tu?” perli Seung Joo. Ha Ni hanya menjeling. Dia mencari laptopnya.  “Laptop awak ada di ruang tamu” kata Seung Joo  lalu pergi ke buaian yang ada di taman kecil. Taman kecil itu dibuat oleh ibu Seung Joo ketika Seung Joo sekeluarga menetap disitu. Taman itu menjadi tempat bermain dia dan abangnya sewaktu mereka kecil.  Ha Ni pergi ke ruang tamu. Dia mendapati laptopnya masih ditempat yang sama. Dia cuba untuk membuka laptopnya. Namun tiada apa yang ada. Gelap.  Seung Joo memusingkan kepalanya dan memandang Ha Ni.“Bateri habis agaknya. Awak biarkan semalam lepas awak masuk bilik” kata Seung Joo yang memandang Ha Ni dari buaian. Dia kembali kepada posisi yang asal. Ha Ni mengecas laptopnya. Seung Joo duduk dibuaian. Tiba-tiba dia teringat  akan abangnya. Dia teringat sewaktu mereka berkejaran ditaman ini. pernah satu ketika, Seung Joo menyembur air kemuka abangnya. Apabila Seung Joo teringat semua tu dia akan tersenyum. Sudah agak lama dia tidak bertemu abangnya. Bunyi loceng rumah mematikan lamunannya. Ha Ni yang berada di ruang tamu bergegas membuka pintu. Dia tergamam apabila Baek Eun Joo berada di hadapannya sekarang. Begitu juga dengan Seung Joo. “Abang” kata Seung Joo yang berada di belakang Ha Ni.
“Jadi, abang pernah jumpa Ha Ni sebelum ni” kata Seung Joo. Perwatakan Seung Joo sangat berbeza apabila dia bersama ahli keluarganya. Ha Ni duduk disebelah Seung Joo. Dia hanya berdiam diri. “Sang Wu dan Dong Wook mana?” tanya Eun Joo. Ha Ni terkejut mendengar nama Sang Wu dan Dong Wook.  Seung Joo kata dua orang sepupunya duduk disini. Bermakna Sang Wu dang Dong Wook adalah sepupunya. “Mereka dah tak duduk disini lagi” kata Seung Joo. “Oh ya! Ibu ada cerita. Abang terlupa” kata Eun Joo. Mereka hanya tersenyum. Eun Joo melihat Ha Ni yang diam. Eun Joo mengangkat keningnya memberi isyarat untuk bertanya tentang Ha Ni yang diam lagi tadi. Seung Joo hanya menjungkitkan bahu.  “Abang datang ni sebab ibu suruh abang ajak Seung Joo makan malam kat rumah kita minggu depan. Hari dan waktu macam biasa. ibu pesan bawa Ha Ni sekali” kata Eun Joo. Seung Joo hanya menganggukan keplanya. “Abang tak boleh lama. Ada hal nak jumpa kawan” katanya lagi dan terus bangun, berjalan menuju ke pintu. Seung Joo menghantar abangnya hingga ke pintu pagar. Dia masuk semula kerumah sebaik sahaja Eun Joo meninggalkan rumah. “Ha Ni, Sabtu minggu depan pukul tujuh malam, kita pergi rumah keluarga saya. Ibu saya ajak makan malam” katanya sambil menonton televisyen. Ha Ni membasuh cawan yang digunakan tadi untuk menghidangkan minuman kepada Eun Joo. Seung Joo susah hati kerana Ha Ni sudah tahu siapa sepupunya yang pernah tinggal di rumah itu. Seung Joo turun ke dapur semula. Ha Ni tiada didapur. Dia mencari Ha Ni diruang tamu. Sedang dia mencari, dia terlihat Ha Ni sedang menyiram bunga-bunga ditaman kecil melalui dinding cermin yang memisahkan taman itu dengan ruang tamu. Pintu untuk ke taman itu terbuka. Seung Joo pergi ke taman. “Ha Ni!” Seung Joo memanggil Ha Ni. Ha Ni terkejut lalu dia menghalakan hos air kemuka Seung Joo.”Ah! Maaf” kata Ha NI. Dia menhalakan semula hos air ke  bunga-bunga yang ada ditaman. Dia memandang bunga-bunga itu. Tidak berani untuk memandang wajah Seung Joo. Pasti dia marah. Ha ni berkata dalam hati. “Ha Ni! Awak ingat saya pokok bunga yang awak boleh sembur dengan air?” Seung Joo memarahi Ha Ni . Ha Ni hanya membelakaigi Seung Joo. “Huh! Ha Ni, saya rasa awak dah tahu sipa sepupu saya. Betul tak?” kata Seung Joo lagi. Ha Ni hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu Seung Joo masih marah padanya. Sebab itulahdia tak berani untuk memandang Seung Joo. “Tolong jangan beritahu mereka yang awak duduk dengan saya” kata Seung Joo. “Abang awak? Mesti nanti dia beritahu Sang Wu dengan Dong Wook” kata Ha Ni. “Abang saya takkan beritahu mereka” Seung Joo mengambil satu lagi hos air yang ada di sebelah kakinya. Dia membuka paip. Di taman itu ada dua paip  yang berfungsi. “Ha Ni, kenapa awak tak panadang saya? Takut? Saya tak marahkan awak. Pandanglah saya” kata Seung Joo. Ha Ni memusinkan badannya dan mukanya disemburkan air oleh Seung Joo sebaik sahaja Ha Ni mengangkat mukanya untuk memandang Seung Joo. Seung joo ketawa riang. Dia seronok melihat Ha Ni yang sudah basah. Muka, rambut, dan separuh badan Ha Ni basah. Ha Ni memandang Seung Joo denganpendangan yang tajam. Seung Joo terdiam apabila dipandang begitu. “Awak marah?” tanya Seung Joo.”Siaplah awak kali ni!!” jerit Ha Ni dan  terus mengejar Seung Joo. “Hey! Seung Joo!! jangan lari! Baek Seung Joo!!” Ha Ni menjerit sambil mengejar Seung Joo. Ha Ni menyembur air kepada Seung Joo. Seung Joo juga berbuat begitu. Mereka berkejaran sambil menyembur air. Petang itu, taman itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.
Pada malam itu, Seung Joo hanya masak mi segera untuk makan malam mereka. Seperti biasa Ha Ni akan mengemas dapur. Selepas itu, Seung Joo dan Ha Ni menonton tv bersama. Sedang dia menonton tv bersama, tiba-tiba Ha Ni bersin. Dia bersin berulang kali. “Ha Ni, awak okay?” tanya Seung Joo. “Saya okay. ta perlu ris..” delum sempat habis berkata-kata lagi sekali Ha ni bersin. “Huh!” keluh Ha Ni. Seung Joo pergi ke dapur. Dia mengambil sebiji pil selesema dan segelas air. Dia  menghulurkan pil itu kepada Ha Ni “makan ubat ni”. Ha Ni mengambil ubat itu lalu dihulurkan air oleh Seung Joo. Seung Joo mengambil sehelai selimut di biliknya. Dia memberikan selimut itu kepada Ha Ni. Ha Ni membalut tubuhnya. Selepas setengah jam dia makan ubat itu, matanya teras berat. Seung Joo yang leka menonton tv tidak perasan Ha Ni sudah tersenggut-senggut disebelahnya. Tiba-tiba kepala Ha Ni terlentok diatas bahu Seung Joo. Seung Joo terkejut. Dia melihat Ha Ni sudah terlena akibat makan ubat tadi. Seung Joo meletakkan kepala Ha Ni diatas ribanya. Lalu dia membetulkan selimut yang menyelimut tubuh Ha Ni. Dia menemani Ha Ni tidur pada malam itu.
Pagi sudah menjelma. Seung Joo bangun sebelum Ha Ni mendapati dia menemani Ha Ni tidur pada malam semalam. Dia membiarkan Ha Ni baring disofa. Selepas mandi, Seung Joo pergi ke ruang tamu untuk melihat Ha Ni sama ada dia sudah bangun atau belum. Ha Ni belum bangun. Muka Ha ni berpeluh. Seung Joo meletakkan tapak tangannya di dahi Ha Ni. Dia mendapati bahawa suhu badan Ha Ni agak panas. Ha Ni demam, kata hatinya. Mungkin kerana mereka bermain air terlalu lama petang semalam. Lagipun, akhir-akhir ni cuaca agak sejuk. Seung Joo sudah berpakaian unifom sekolah. Dia mengambil keputusan untuk tidak hadir kesekolah hari ini. dia ingin menjaga Ha Ni yang demam. Dia pergi menukar pakaian. Apabila dia turun dia membasahkan sehelai tuala kecil lalu diletakkan diatas dahi Ha Ni. Pada hari itu dia membuat bubur untuk Ha Ni. Selesai memasak, dia keluar, pergi ke farmasi. Dia membeli ubat untuk Ha Ni. Dia bergegas pulang kerana takut akan keadaan Ha Ni. Sejak pagi tadi, Ha Ni tidak makan ubat. Kadang-kadang Ha Ni mengadu dia sakit kepala. Apabila pulang, Seung Joo terus menghidangkan bubur dan segelas air suam. Dia meletakkan tapak tangannya diatas  dahi Ha Ni. Panas dah kurang, kata hatinya.  Dia mengejut Ha Ni, “Ha Ni, bangun makan. Lepas makan boleh awak makan ubat yang saya beli ni”. Ha Ni bangun lalu duduk di sofa. Seung Joo duduk disebelahnya. Seung Joo kasihan akan Ha Ni. Kerana dia Ha Ni demam. Seung Joo menyuap Ha Ni pada hari itu. Ha Ni makan sedikit sahaja bubur yang dimasak oleh Seung Joo . seleranya hilang. Mungkin kerana dia demam. Selepas makan, Ha Ni makan ubat yang dibeli oleh Seung Joo. Setengah jam kemudian, Seung Joo pergi kebiliknya. Ha Ni pula pergi ke tandas. dia hendak mandi. Selesai mandi Ha Ni masuk kedalam biliknya. Seung Joo pula keluar dari bilikya dan terus ke ruang tamu. Ha Ni tiada disitu. mungkin dia pergi mandi. Fikirnya. Seung Joo menonton tv. Dia melipat semula selimut yang telah digunakan Ha Ni. Ha Ni menuruni tangga. Dia mengambil tempat duduk disebelah Seung Joo. Dia memicit kepalanya. Seung Joo yang nampak Ha Ni berbuat begitu lalu bertanya, “ sakit lagi kepala awak?”. Ha Ni menganggukkan kepalanya. Seung Joo menarik perlahan kepala Ha Ni lalu diribanya. Ha Ni hanya membiarkan sahaja. Seung Joo memicit kepala Ha Ni sambil menonton tv. Ha Ni memandang wajah Sung Joo. Kenapa dia jadi baik macam ni? Ni yang buat saya bertambah sayang awak, Seung Joo. diaberkata dalam hatinya. Ha Ni mula sedar dia menyukai Seung Joo selepas dia menulis diari pada malam pagi semalam. Dia tahu yang dia sayangkan Seung Joo. Tapi dia tak pasti sama ada Seung Joo bersikap begitu. Ha Ni senag diperlakukan begitu. Dia tersenyum. Pada hari itu Ha Ni dilayan dengan baik oleh Seung Joo. Ha Ni amat gembira.
Hari ini mereka akan kesekolah. Seung Joo menyuruh Ha Ni membawa ubat. Ketika dalam perjalanan mereka kesekolah Ha Ni berkata, “terima kasih untuk semalam. Maaf, sebab menyusahkan awak. Disebabkan saya awak tak pergi sekolah”. “Hmm. Tak apa” pendek sahaja respon Seung Joo. “Mesti nanti pelajar-pelajar akan tanya awak kenapa tak datang semalam” teka Ha Ni. Seung Joo hanya berdiam diri. Dia tidak melayan Ha Ni. “Datang semula perangai dia”,kata Ha Ni perlahan. “Apa?” tanya Seung Joo. “Uh? Tak ada apa-apa” Ha Ni tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Apabila meraka tiba disekolah, semua pelajar memerhatikan mereka. Tiba-tiba Sang Wu dan Dong Wook datang kepada mereka. “Seung Joo! Kenapa awak tak datang semalam dan kenapa awak datang sekolah dengan Ha Ni?” tanya Sang Wu. “Suka hati sayalah. Ha Ni kekasih saya. Suka hatilah apa saya nak buat. Semalam? Saya pergi dating dengan dia” kata Seung Joo. Mukanya bersahaja. Manakala Ha Ni terkejut dengan apa yang dikatakan Seung Joo. Sang Wu sudah geram “berani awak bawa dia pergi dating. Lepas tu, mengaku yang Ha Ni kekasih awak?!”. Dong Wook dan pelajar lain hanya memerhati dan mendengar sahaja. Semua disitu terkejut dengan pengakuan Seung Joo. “Ha  Ni! Betul ke Baek Seung Joo kekasih awak?” tanya Sang Wu. “Uh? Aa..saya..saya..” Ha Ni tergagap-gagap. Dia tidak tahu mahu kataapa. “Sudahlah! Ha Ni jom pergi” kata Seung Joo lalu dia memimpin Ha Ni pergi dari situ. “Ha Ni!” Sang Wu menjerit nama Ha Ni. Pada hari ini, Ha Ni hanya berdiam diri. Seung Joo sudah pasti diam. Kecoh satu sekolah tentang mereka. Ketika mereka pulang bersama, Ha Ni bertanya kepada Seung Joo “Seung Joo, kenapa awak cakap macam tu masa disekolah pagi tadi?”. “Kenapa wak tak suka?” pertanyaan Ha Ni dibalas dengan pertanyaan oleh Seung Joo. “Bukan macam tu, tapi..” Ha Niberhenti disitu apabila tangannya dipegang erat oleh Seung Joo. “Ha Ni, saya sendiri pun tak tahu kenapa saya cakap macam tu. tapi saya yakin yang saya sukakan awak” kata-kata Seung Joo cukup memeranjatkan Ha Ni. Ha Ni memandang wajah Seung Joo, “apa maksud awak?”. Seung Joo mengeluh kecil lalu berkata, “ Ha Ni, sudikah awak menjadi kekasih saya?” Seung Joo sudah mengeluarkan sebentuk cincin bertakhtakan sebutir berlian. Ha Ni hanya tersenyum. Kali ini dia tahu, impiannya menjadi kenyataan. Ha Ni menganggukkan kepalanya. Lalu jari manisnya disarungkan cincin yang cukup indah itu oleh Seung Joo. Ha Ni terus memeluk Seung Joo yang kini telah menjadi kekasihnya. Seung Joo membalas pelukan itu. Seung Joo menghadiakan ciuman dibibir Ha Ni. sejak saat itu, mereka bertambah akrab. Namun hubungan itu hanya diketahui oleh rakan-rakan sekolah dan dua orang sepupu Seung Joo. Sang Wu dan Dong Wook tidak dibenarkan memberitahu ahli keluarga mereka tentang hubungan Seung Joo dan Ha Ni kerana Sang Wu pernah diugut oleh Seung Joo dan Ha Ni, “Kalau awak masih nak jadi kawan Ha Ni, jangan beritahu keluarga awak atau keluarg kami. Kalau awak beritahu, siaplah awak. Ingat!”. “Walaupun Dong Wook yang beritahu?” tanya Sang Wu. “Ya, itu tanggungjawab awak untuk memastikan Dong Wook menutup mulutnya. Kalau tak…” kata-kata Seung Joo dipotong serta merta oleh Sang Wu, “baiklah! Saya akan pastikan Dong Wook tak akan beritahu sesiapa. Saya masih nak jadi kawan Ha Ni” kata Sang Wu. Jadi kerana itulah keluarga Sang Wu dan Dong Wook tak tahu tentang hubungan Seung Joo dengan Ha Ni. Setiap malam Seung Joo akan menemani Ha Ni sehingga Ha Ni  tidur. Selepas itu, Seung Joo akan masuk kedalam biliknya dan tidur.
Sudah sebulan mereka menjadi pasangan kekasih. Pelbagai kenangan manis mereka lalui bersama. Ha Ni rasa sangat gembira. Pasangan kekasih yang tinggal dalm sebuah rumah banglo  yang besar. Minggu depan mereka akan mengambil ujian. Jadi, setiap malam mereka akan mengulangkaji pelajaran bersama. Hari ini, meraka mengulangkaji mata pelajaran matematik. Mereka belajar hingga lewat malam. Mata Ha Ni terasa berat. Dia tahu yang dia rasa amat mengantuk. Dia meletakkan keplanya diatas meja. Seung Joo yang sedang leka menjawab soalan-soalan matematik. Dia hairan kenapa Ha Ni tiba-tiba senyap. Dia memanggil Ha Ni,”Ha Ni” tanpa memandang Ha Ni. Tiada respon. Seung Joo memandang Ha Ni. Dia hanya ketawa kecil melihat Ha Ni yang sedang tidur. Seung Joo mendukung Ha Ni dan membawanya ke bilik tidur. Seung Joo meletakkan Ha Ni diatas katil lalu diselimuti tubuh Ha Ni. Sebelum pergi, Seung Joo sempat mencium dahi Ha Ni. Seung Joo memulas tombol pintu dan Ha Ni berkata “Seung Joo, terima kasih. Selamat malam”. “Sama-sama. Selamat malam” balas Seung Joo dan terus meninggalkan Ha Ni. Seung Joo mengemas buku-buku yang berselerak dalam perpustakaan kecilnya. Dia juga mengemaskan buku Ha Ni. Sedang dia mengemas dia terjumpa sekeping gambar dia dan Ha Ni ketika mereka dating untuk kali pertama. Tertulis dibawah gambar itu,
SAYA SAYANG AWAK, SEUNG JOO
Seung Joo tersenyum lalu berkata, “saya sayang awak Ha Ni”. Selesai mengemas, dia menukar pakaian dan terus tidur.
Hari ini, Seung Joo, Ha Ni akan mendapat keputusan ujian mereka. Begitu juga dengan pelajar lain.  “Baek Seung Joo” guru kelas memanggil Seung Joo. Dia pergi ke hadapan kelas untuk mengambil keputusn daripada guru kelas. “Tahniah. Awak memang genius” kata guru kelas. Seung Joo berjaya memperoleh markah penuh. “Oh Ha Ni”mendengar namanya dipanggil dia terus pergi ke hadapan kelas. Seung Joo sudah berada di tempat duduknya. “Ha Ni, awak pelajar genius kedua disekolah ini” guru kelas menghulurkan keputusan itu dan Ha Ni terkejut. Dia mendapat markah penuh kali ini. dia terus pergi ke tempat duduknya. Seung Joo bertanya kepada Ha Ni, “macam mana?”. “Kalau awak, memang dah tahu dari awal dapat score. Kali ni, apa kata awak teka saya dapat berapa” Ha Ni menyuruh Seung Joo teka. “Hmmm, 80 peratus” katanya. “Hmm” Ha Ni menggelengkan kepalanya. “90?” teka Seung Joo. lagi sekali Ha Ni menggelngkan kepala. “95?” teka Seung Joo. “Sikit lagi” kata Ha Ni. “98?” teka Seung Joo lagi. “Tiit!! Salah! Jawapannya, 100 peratus!” kata Ha Ni sambil tersenyum memandang Ha Ni. “Apa?! Tahniah!” kata Seung Joo lalu menghadiahkan Ha Ni ciuman dipipi. Ha Ni hanya tersenyum riang. “Nampaknya sekarang, Seung Joo sudah ada rakan genius baru” kata guru kelas membuat kelas itu tiba-tiba riuh. “Kelas!Senyap” guru kelas memukul mejanya. “Awak nak tahu siapa?” tanya guru kelas.  Kali ini kelas senyap sunyi. Semua memberi perhatian kepada apa yang akan dikatakan oleh guru kelas. “Pelajar itu adalah  Oh Ha Ni” kata guru kelas sambil memandang Ha Ni. Semua bertepuk tangan. Ha Ni hanya tersenyum. Dia memandang Seung Joo,”awak tak tepuk pun” kata Ha Ni. “Saya dah cium awak tadikan” kata Seung Joo sambil tersenyum. Ha Ni sekadar tersenyum riang.
Malam ini mereka makan malam diluar. Selepas makan, mereka ke taman bunga yang ditunjukkan oleh Seung Joo sewaktu mereka baru kenal. “Ingat tempat ni?” tanya Seung Joo sambil memimpin tangan Ha Ni. Ha Ni hanya mengangguk. Tiba-tiba dia terlihat ada dua kuntum bunga ros putih di taman itu. Ha Ni terus pergi ke ros putih itu dan menarik tangan Seung Joo. Seung Joo hanya mengikut. “Sekarang dah ada dua bunga ros” kata Ha Ni kepada Seung Joo. “Hari tu cuma ada satu aje” katanya lagi. Seung Joo hanya tersenyum. “Awak rasa kenapa?” Ha Ni bertanya pula. “Saya pun tak tahu” kata Seung Joo. Ha Ni memukul bahu Seung Joo. “Ouch! Sakitlah” kata Seung Joo sambil menggosok bahunya. Ha Ni menunjukkan muka merajuknya. “Okay, sorry. Awak nak tahu kenapa? Sebab, masa kita datang dulu, awak bukan milik saya. Saya single awak single. Sebab itulah ada satu. Dan sekarang ada dua, sebab,”Seung Joo berhenti disitu lalu memegang kedua-dua tangan Ha Ni. Dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh Ha Ni. “Sebab sekarang kita dah jadi pasangan yang akan bahagia selama-lamanya” sambung Seung Joo. Dia memandang wajah Ha Ni. Dia merapatkan wajahnya lalu meletakkan bibirnya bersama bibir Ha Ni.
Sudah tiga bulan mereka bersama. Tidak ada sedikit pun pertelingkahan antara mereka. Malam ini mereka akan ke rumah keluarga Seung Joo. Ha Ni hanya bereluar jeans hitam dan memakai t-shirt berwarna putih dan gardigen berwarna pink. Dia tidak mengikat rambutnya. Dibiarkan jatuh ke bahunya. Disebabkan cuaca sejuk, dia memakai jacket berwarna hitam.  Seung Joo pula berseluar jeans hitam dan memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih dan jacket.  Pada malam ini, ibu Seung Joo masak makanan yang enak. Selepas makan Ha Ni berbual bersama ibu Seung Joo. manakala Seung Joo, Eung Joo dan ayah mereka duduk di ruang tamu. tiba-tiba ayah Seung Joo menerima panggilan. Katanya ada kawan hendak berjumpa dengannya. Tidak lama lepas itu, ayah Seung Joo keluar. “Seung Joo” Eun Joo menegur adiknya. “Awak tak rasa kekok tinggal dengan Ha Ni berdua dalam rumah tu?” tanya Eun Joo tiba-tiba. Soalan itu mengejutka Seung Joo “Uh? Tak, saya tak kekok pun. Lagipun kami kawan aje. Apa yang boleh membuat saya rasa kekok” kata Seung Joo. Hatinya berdebar. Eun Joo tersenyum “awak kata awak kawan dengan aje dengan Ha Ni?” tanya Eun Joo lagi. Kali ini, Seung Joo perlu menipu lagi “Ya, kami kawan”. “Baguslah” kata Eun Joo sambil tersenyum. “Apa maksud abang?” tanya Seung Joo pula. “Sebenarnya, abang ada sesuatu nak beritahu awak” Eun Joo memandang Seung Joo. “Abang sayangkan Ha Ni. Dan abang nak jadikan dia sebagai kekasih abang” bagai gugur jantung Seung Joo apabila mendengar pengakuan abangnya. “Betul ke ni? Atau saya salah dengar” Seung Joo cuba untuk tersenyum. “Apa yang tak betul. Boleh tak awak tolong?” Eun Joo masih tersenyum. “Tolong?Tolong apa?” tanya Seung Joo. “Tolong abang dapatkan Ha Ni” Eun Joo meminta dari Seung Joo. terlalu berat permintaan itu. dia tahu, abangnya ingin rapat dengan Ha Ni untuk memikat Ha Ni. Namun Seung Joo hanya tersenyum menandakan dia setuju. “Terima kasih” ucapan itu untuk Seung Joo. Seung Joo dan Ha Ni pulang kerumah. Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap. Melihat Seung Joo senyap dan mukanya yang muram, Ha Ni tidak berkata apa pun. Apabila tiba dirumah, Seung Joo bertanya kepada Ha Ni “Ha Ni, kalau Eun Joo mengeluarkan hasratnya untuk menjadi kekasih awak, awak terima?”. Soalan itu membuat Ha Ni terkejut “Seung Joo, apa awak cakap ni?”. “Jawab pertanyaan saya!” Seung Joo meninggikan suaranya. Matanya mula merah. Ha Ni menggelengkan kepalanya lalu berkata “tak. Saya takkan terima sebab saya milik awak”. “Kalau awak bukan milik saya?” tanya Seung Joo. Kali ini dia merendahkan suaranya. Air mata Seung Joo mula mengalir. Ha Ni menggelengkan kepalanya. Ha Ni menyeka air mata Seung Joo. Tangannya ditepis. Membuat Ha Ni terkejut. Seung Joo berlari menaiki tangga. Dia terus ke biliknya. Ha Ni bingung. Kenapa Seung Joo tiba-tiba berkelakuan begitu. Apa yang sebenarnya berlaku?
Didalam bilik Seung Joo menangis. Dia tidak tahu sama ada dia perlu berkorban untuk abangnya yang pernah berkorban untuknya dahulu. Sewaktu Seung Joo berumur 17 tahun, dia ada bertemu dengan seorang perempuan. Dia berkawan rapat dengan perempuan itu, namanya, Cha Young Mi. Eun Joo menyayangi Young Mi. Tapi disebabkan Seung Joo juga menyayangi Young Mi, dia melepaskan Young Mi kepada adiknya. Tapi sayang, Seung Joo hanya sempat menjalinkan hubungan itu selama enam bulan. Young Mi terlibat dengan kemalangan dan dia meninggal. Sejak itu, Seung Joo tak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun. Apabila dia bertemu Ha Ni dia teringat akan Young Mi kerana wajah Ha Ni mirip Young Mi. Mungkin kerana wajah Ha Ni mirip Young Mi, Eun Joo terpikat pada Ha Ni. Seung Joo mesti membuat keputusan. Esok ada majlis hari lahir rakan sekelas mereka, Kim Yun Sik. Seung Joo akan melakukan sesuatu.
Sejak malam semalam Seung Joo tak bertegur sapa dengan Ha Ni. Tapi, Seung Joo dan Ha Ni tetap pergi ke majlis itu bersama. Apabila tiba disana, Seung Joo pergi berbual bersama rakan-rakannya. Ha Ni tidak mahu kerenggangan itu dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Dia juga turut mnyertai rakan –rakan perempuannya yang sedang rancak berbual. Ha Ni terasa tekaknya dahaga. Dia pergi mengambil air. Seung Joo yang ada disitu melihat Ha Ni sedang mengambil air. Namun, air itu tumpah terkena bajunya. Rakan-rakan Seung Joo yang melihat itu berkata “Seung Joo, baju Ha Ni! tertumpah air”. “Biarlah dia. Tahulah dia bersihkan” Ha Ni terkejut mendengar Seung Joo berkata begitu. “Kenapa awak cakap macam tu? Dia kan kekasih awak” kata Yun Sik. “Huh!” Seung Joo tersenyum sinis. “Dia buka kekasih saya. Saya cuma permainkan dia. Lagipun, dia tak layak dengan saya. Budak perempuan yang tak matang macam tu, awak kata kekasih saya? Lupakan ajelah. Tak mungkin.” kata Seung joo sambil memandang Ha Ni. Mata Ha Ni sudah merah mendengar apa yang dikatakan Seung Joo. Tanpa berlengah Ha Ni meninggalkan majlis itu.  Semua yang ada disitu terkejut dengan apa yang berlaku. Ha Ni berlalu sambil menangis. Dia tidak sangka selama ini Seung Joo hanya ingin mempermainkan perasaanya sahaja. Dia tidak sangka Seung Joo sekejam itu. Selepas majlis itu berakhir Seung Joo terus pulang kerumah. Dia tahu Ha Ni sakit hati dan kecewa dengan apa yang dikatakannya tadi. Tapi, itu yang terbaik. Dia perlu berkorban untuk abangnya. Dia ingin membalas pengorbanan abangnya. Seung Joo terserempak Ha Ni bila dia ingin ke biliknya. Mereka hanya berpandangan. Mata dan hidung Ha Ni merah. Seung Joo tahu Ha Ni menangis. Ha Ni membatalkan niatnya untuk turun kedapur. Dia terus masuk kebiliknya. Pintu dihempas kuat. Seung Joo sedikit pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia tahu dia bersalah. Malam itu Seung Joo tidak dapat tidur. Dia kesal dengan apayang dikatakannya tadi. Tapi, itu yang terbaik. Walaupun dia perlu menipu dirinya, Ha Ni dan rakan-rakannya. Ha Ni pula asyik menangis. Dia tahu, hubungan mereka sudah berakhir meskipun Seung Joo tak berkata begitu.
Sudah tiga hari perkara itu berlalu dan sudah tiga hari juga mereka tidak hadir kesekolah. Malam ini kedua-duanya keluar rumah. Ha Ni ketaman bunga dan Seung Joo keluar bersiar-siar. Ha Ni duduk ditaman itu sendirian sambil memerhatikan dua kuntum bunga ros putih yang belum lagi layu. “Hubungan aku dengan dia dah putus. Tapi, kenapa bunga ni masih mekar dan tak layu?” kata Ha Ni sendirian. Dia pasti hubungan mereka sudah putus kerana dia terdengar perbualan Seung Joo di telefon pagi tadi, “Ya, dia bukan kekasih saya lagi. Saya pun tak pernah terlintas untuk sayangkan dia lebih dari seorang kawan. Dia hanya mangsa untuk saya cuba saham saya. Masih laku atau tak” ada nada ketawa  disitu. “Yun Sik, awak tak payah tanya lagi pasal kami. Mulai sekarang, kami dah tak kenal antara satu sama lain.” Seung Joo menahan sebak di dadanya dan dia cuba mengawal nada suaranya. Ha Ni yang emndengar perbualan tu terduduk dan menangis. Seung Joo tahu akan kehadiran Ha Ni. Putaran kenangan pagi tadi dihentikan. Ha Ni tidak mahu mengingati perkara itu. “Dia kata bungan ni sama dengan kami. Sekarang kami dah putus. Kenapa bunga ni tak mati lagi!!!” jerit Ha Ni. Tiada sesiapa ditaman itu kecuali Ha Ni. Akhirnya Ha Ni tertidur dibangku itu. Seung Joo yang lalu ditaman itu terlihat Ha Ni. Dia tidak mahu mengejut Ha Ni. Dia mendukung Ha Ni. Ha Ni memaut leher Seung Joo. Seung Joo meletakan Ha Ni dibelakang badannya. Seung Joo memperlahankan langkahnya. “Ha Ni, saya minta maaf. Saya lakukan semua ni untuk abang saya. Saya memang sayangkan awak. Saya tak nak kehilangan awak. Saya nak balas pengorbanan abang saya. Dia pernah berkorban untuk saya. Dia lepaskan Cha Young Mi untuk saya. Young Mi mukanya mirip muka awak. Saya tak nak kehilangan awak. Tapi, abang saya sukakan awak. Dan dia minta tolong saya untuk bantu dia dapatkan awak. Saya tak tahu macam mana nak buat. Sebab tulah saya cakap macam tu semalam. Saya nak awak benci saya dan saya nak awak sayang abang saya. Maafkan saya, Ha Ni. Saya perlu lakukannya. Ha Ni, bila abang saya melamar awak, awak kena terima tau” Seung Joo menangis. Air matanya mengalir laju. Dia berterus terang walaupun Ha Ni tidak mendengarnya. Apabila tiba dirumah, Seung Joo mengahntar Ha Ni kebilik. Selepas baringkan Ha Ni, dia menyelimuti tubuh Ha Ni. Mungkin ini kali terakhir dia akan dapat menyelimuti Ha Ni sebelum tidur. Sebelum pergi dia mengusap lembut rambut Ha Ni lalu dikucup dahi Ha Ni. Dia memberanikan diri untuk mencium bibir Ha Ni yang sedang tidur. “Maafkan saya, Ha Ni” katanya sebelum meninggalkan bilik Ha Ni. Ha Ni melihat pintu biliknya ditutup. Air mata mengalir laju.
Pagi sudah menjelama. Selepas bersarapan Ha Ni menonton tv. Seung Joo pula terus ke biliknya. Ketika Ha Ni sedang menonton tv, loceng rumah berbunyi. Dia bergegas membuka pintu. Kelihatan Eun Joo dipintu rumahnya. Ha Ni tersenyum hambar, “masuklah” ajaknya. Selepas menutup pintu Ha Ni membuat air untuk Eun Joo. Dia menghidangkan air itu kepada Eun Joo. “Awak nak jumpa Seung Joo? Tunggu sini, saya pergi panggil dia” Ha Ni menuju ke tangga. Tangannya ditarik perlahan oleh Eun Joo. Eun Joo berdiri dihadapan Ha Ni. “Saya datang sini bukan nak jumpa Seung Joo. Tapi saya datang sini sebab nak jumpa awak” katanya lembut. Ha Ni hanya tersenyum. “Ha Ni, sudikah awak menjadi kekasih saya?” Eun Joo bertanya sambil memegang sebentuk cincin. Ha Ni memandang cincin itu lalu memandang wajah Eun Joo yang sedang menanti jawapan. Ha Ni menarik nafas dan berkata, “Eun Joo, saya minta maaf. Saya sayangkan orang lain”. Wajah Eun Joo bertukar kecewa. Dia rasakan bagai dunia tiba-tiba gelap. Dia mengharapkan sinar kasih Ha Ni untuk menerangi hidupnya selama ini. “Tak mengapalah Ha Ni” kata Eun Joo. “Saya balik dulu” katanya lagi dan terus berlalu  keluar dari rumah. Tak dapat ditahan air matanya. Ha Ni menutup pintu. Dia terlihat, cincin tadi jatuh di lantai. Ha Ni mengambil cincin itu lalu dibeleknya. Dibandingkan dengan cincin pemberian Seung Joo dijarinya. Tiba-tiba, Seung Joo turun. “Cincin apa tu?” tanya Seung Joo. “Eun Joo, dia melamar saya” kata Ha Ni yang masih memegang cincin itu. “Wah! Tak lama lagi awak jadi kakak saya” kata Seung Joo sambil tersenyum. “Saya tak terima lamaran dia” kata-kata Ha Ni membuat Seung Joo terkejut. “Kenapa awak tak terima?!” tanya Seung Joo dengan suara yang agak tinggi. “Suka hati sayalah!” kata Ha Ni sambil memandang Seung Joo. Seung Joo terus menaiki tangga. “Kalau awak sayangkan saya kenapa awak nak saya bersama dengan abang awak?!” Ha Ni meninggikan suaranya. “Sebab awak nak balas pengorbanan abang awak yang telah melepaskan Cha Young Mi untuk awak! Macam tu?” kata Ha Ni lagi. Seung Joo hanya kaku disitu. “Baiklah. Kalau awak nak saya dengan abang awak, saya akan kejar dia” Ha Ni terus berlari keluar rumah. Dia cuba untuk mengejar Eun Joo dan Seung Joo hanya melihat Ha Ni keluar dari rumah. Tanpa berlengah Seung Joo mengejar Ha Ni yang sudah agak jauh. “Ha Ni!” Seung Joo menjerit nama Ha Ni. Dia mempercepatkan langkahnya. Dia menarik tangan Ha Ni. “Ha Ni!” kata Seung Joo. Ha Ni cuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan Seung Joo, “lepaskan!”. Seung Joo yang masih termengah-mengah tak melepaskan pegangan itu. “Ha Ni!” kata Seung Joo. “Lepaskan! Awak nak saya dengan Eun Joo bukan? Biarkan saya kejar dia! Lepaskan tang…” belum sempat Ha Ni menghabiskan kata-katanya, dengan pantas Seung Joo merapatkan bibirnya dengan bibir Ha Ni. Ha Ni terkejut dengan perlakuan itu. Dia meleraikan ciuman itu lalu dipeluknya Ha Ni dengan pelukan yang sangat erat. Seung Joo menangis. “Ha Ni, saya minta maaf. Tolong jangan kejar abang saya. Saya tak nak kehilangan awak. Maafkan saya” Seung Joo bersungguh-sungguh kali ini. Mendengar kata-kata itu, Ha Ni membalas pelukan itu dan berkata “Seung Joo, jangan buat macam ni lagi”. “Saya janji” kata Seung Joo. tanpa mereka sedari, Baek Eun Joo menjadi saksi kejadian itu.
Hari ini mereka bersama-sama pergi kesekolah. Semua pelajar terkejut. Kim Yun Sik, Lee Dong Wook dan Kwon Sang Wu menuju kepada mereka. “Seung Joo, awak… awak dan Ha Ni..” Seung Joo memotong kata-kata  Sang Wu, “ya, kami masih bersama” lantas tangan Ha Ni digenggam erat. Ha Ni hanya tersenyum. Mereka bertiga tercengang. “Dan kami akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti” kata-kata Seung Joo bukan sahaja memeranjatkan Kim Yun Sik, Lee Dong Wook dan Kwon Sang Wu, malah Oh Ha Ni juga. Dengan serta merta Ha Ni memandang Seung Joo dengan riak muka yang terkejut. Seung Joo hanya membalas senyuman itu dengan senyuman. Satu sekolah heboh dengan pengakuan Seung Joo. Sejak Ha Ni mendengar pengakuan Seung Joo, dia sentiasa tersenyum.
Malam sudah menjelma. Kata-kata Seung Joo masih terngiang-ngiang di telinga Ha Ni. Ha Ni berdiri di taman kecil sambil memluk tubuh. Tiba-tiba dia ketawa kecil kerana teringatkan muka Sang Wu yang sangat kelakar apabila Seung Joo mengatakan bahawa dia akan mengahwini Ha Ni apabila tamat pengajian nanti. Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. “Kenapa awak ketawa sendiri?” tanya Seung Joo. Ha Ni  terkejut. “Seung Joo! jangat terkejutkan sayalah!” katanya. Seung Joo hanya tersenyum. “Saya teringatkan muka Sang Wu masa awak cakap sesuatu tadi” kata Ha Ni. “Cakap sesuatu? Cakap apa?” Seung Joo sengaja menanyakan soalan itu meskipun dia faham apa yang dimaksudkan oleh Ha Ni. “Yang awak nak..ermm..nak itulah dengan saya” katanya. “Ermm? Apa tu?” tanya Seung Joo lagi sengaja mengusik Ha Ni. “Seung Joo! janganlah main-main” kata Ha Ni pula. Seung Joo hanya tersenyum sinis. Dia mengeratkan lagi pelukan itu. Ha Ni senang diperlakukan begitu. Terdengar deruan nafas Seung Joo di telinga Ha Ni. Dan terasa juga kehangatan dipeluk lelaki kesayangannya itu. Seung Joo memusingkan badan Ha Ni menghadapnya. Lalu dicium gadis itu. Seung Joo meleraikannya lalu dipeluk erat Ha Ni. Ha Ni membalas pelukan itu. 
Hari ini adalah hari graduasi pelajar-pelajar sekolah tinggi. Seung Joo dan Ha Ni telah berdaftar di universiti yang sama. Mereka sangat bahagia. Kini, keluarga mereka,  keluarga Kwon Sang wu dan Lee dong Wook sudah mengetahui tentang hubungan mereka. Walau apa pun, mereka berdua tetap tinggal berdua dalam rumah yang sama.  Baek Eun Joo telah bertemu dengan seorang gadis dan mereka akan bertunang tidak lama lagi. Dan dua kuntum bunga ros putih itu akan sentiasa mekar.
~sekian~
~nafa hazwim~
*maaf lah yew jka ad slh taep..hai maklumla..sye nie slalu typing error*
*nama tak ditukar kerana idea ini tetibew dtg bilew sye tngok citer naughty kiss. maaf*

WHY?!!

napew sye rse tkut? huh.. u know what.. sye tkut sgt bile ta dgr bitew dr dye.. mgkin sye rsau kan.. huh..bru2 nie dye ad ajak sye kuar.. tngok wayang.. tp..mcm mak yayah bg g plak.. huhuhu.. cian dye.. tp nsib baek dye fhm sye..mula2 ta na bg tau dye hal sbnar tp.. tkut hal lme jd smula.. trus trang jela.. nsib baek dye jnis lelaki yg memahami.. huh.. lps nie da ssh na on9.. abg g psg password kat wifi nie.. adesh!! pastu ta na bgtau plak ap password nyew.. td un..dye taepkn.. *aiseyh!! abg aq nie.. mnyusahkn btul!!*
cehhh!! gram btul aq!! maths 2 sye yg bru tu da hlg.. wat pnat jew siapkn chapter 10.. igt na hntr sok.. tphlg plak.. *ap lah nsib aq..* da kne wat smula.. bnyk plak uh!! geram nyerrrr!!!
napew la mlg sgguh nsib sye..huhu.. dah la scandal sye JUN HYUNG dr BEAST kena rembat ngan unnie HARA.. haha.. gurau jewp.. haish.. sadis sgguh..
NA JIWANG JAP!! HAHA!!

kenapa aku rasa takut bila sesaat pun aku tak mendengar suara mu?
kenapa aku rasa gelisah bila sesaat pun kau tak beritahu keadaan kau kepada aku?
kenapa?
Am I deeply in love with You?
Am I really love You?
Am I?
Am I fallen in love with You?
Finally!
I fall in love..
but..
I'm still feel afraid..
afraid..
I don't know why..
mungkin aku takut..
sebab fobia aku..
fobia aku terhadap cinta..
hmm..
harap aku takkan kehilangan kau..
buat selamanya..
itu.
harapan kita, bukan?

same as what as we feel..rite??





Saturday 2 July 2011

hye!!! nice to meet u!!! hahaha

maafla..sye ta pndai na wat intro 4 blog.. ngee~.. dlu sye ad blog..tp da lpew pew nme blog uh..hahaha.. utk pngetahuan sume..sye nie mmg plupew.. jd.. tlg jgn igtkn sye dgn bndew2 yg da lps.. tp yg pliknyew.. bndew2 yg sad.. yg da lps.. sye bleh igt.. haha.. umur sye 15 thn.. err...da ckup k?? blom rsenyew... lame lg!!!! huhuhu.. adakah nie brmkanew sye msih mudew... = ='..brangan jewp.. parrents sye slalu ckp.. "Ida..wak uh da tue..cbe la jgn jd mcm daq darjah 3.. prangai uh.. jd mcm daq fom 3 ta leh k?".. hahaha.. na jew ckp.. "Ida mmg mcm nie..na wat camnew??" haha.. tp ta ckp mcm uh un.. hehehe..*Ida..family pnggil sye dgn nmew uh*.. hey.. sye ske tngok citer korea.. n the most i like to do is.. listen to k-pop song... hahaha... i'm stalker.. juz 4 k-pop... juz kidding.. hmm..sye da b'punyew.. hoho.. *asal tawa bngge*.. hehehe.. syg dye sgt2.. hahaha,, haha.. sye tkut pd kcing.. d'sbbkn hal nie.. sye ta brani dkat ngan kwn sye.. ble diorang pegang kcing.. sye juga s'orang yg sensitive.. bkan dr sgi perasaan jewp.. sye jga sensitive dr sgi sense of touch.. hahhaha.. t'lmpau bnyk receptor.. kwn slalu knekan.. smpai kekadang sye mnjrit d'sbbkn trkjut.. yg slalu wat camtu adlh.. Izza Amira.. u better watch out!!.. haha.. k la.. i hope blog nie ad follower... hahaha... eppy slalu!!! snyumlah slalu...